Monday, 3 October 2011

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Hijau. Apa yang kita boleh takrifkan dengan warna hijau? Sudah semestinya kita terfikir tentang tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Tumbuh-tumbuhan amat penting bagi semua makhluk di seluruh muka bumi ini. Tumbuhan hijau ini amat penting bagi kita semua kerana gas oksigen dihasilkan melalui proses fotosintesis di mana gas karbon dioksida yang kita hasilkan melalui sistem pernafasan akan digunakan untuk menghasilkan gas oksigen yang bakal kita gunakan untuk bernafas.

Akan tetapi apa yang kita lihat pada Zaman Milenium ini,kerakusan manusia dalam berlumba lumba menghasilkan rumah- rumah, serta bangunan yang dapat kita lihat telah memberi kesan kepada tumbuhan hijau di muka bumi ini. Bumi kian ditarah tanpa rasa belas kasihan, pokok-pokok turut ditebang dan pelbagai habitat kian musnah.

Hal ini sedikit sebanyak telah menjejaskan ekosistem di dalam hutan di seluruh dunia. Maka dengan itu, pencemaran alam sekitar tidak dapat disangkal lagi akan berlaku kerana hal ini merupakan kesan daripada aktiviti yg boleh memusnahkan alam sekitar. Pencemaran alam sekitar bermaksud sesuatu yang ada pada muka bumi ini semakin berkurangan atau terjejas seperti air dan tanah. Apabila hutan di tebang dan dimusnahkan, hal ini menyebabkan berlakunya hakisan tanah. Apabila hujan turun, tanah-tanah ini akan mengalir bersama sama air hujan dan turun ke sungai. Maka ini telah menyebabkan tanah mula terhakis dan apabila tanah tanah ini mengalir ke dalam sungai, ianya akan menyebabkan pencemaran air berlaku. Pencemaran air yang berlaku akan menrencatkan lagi ekosistem bagi hidupan akuatik.

Seperti yang sedia maklum, air merupakan salah satu sumber yang kita gunakan sama ada untuk diminum, aktiviti harian dan bekalan untuk kita gunakan bagi meneruskan kehidupan harian kita. Apabila hal ini berlaku, sumber air yang telah tercemar akan memberi kesan dan membawa penyakit-penyakit yang merbahaya.

Selain daripada itu, habitat haiwan dihutan juga turut musnah sama sekali. Pelbagai spesies terancam juga turut pupus di telan kemusnahan yang diciptakan oleh manusia itu sendiri.

Sunday, 2 October 2011

Pada abad ini pelbagai isu berkaitan "Alam Sekitar" dibangkitkan dalam masyarakat kini, tetapi apakah penyelesaiaannya dan apakah puncanya? Adakah semua ini berpunca daripada kerakusan manusia atau lumrah alam? Oleh itu kami akan merungkai persoalan tersebut secara tersusun. Insya Allah.