Kemapanan Alam Sekitar adalah satu komposit yang dikesan mempunyai 21 elemen kemapanan alam sekitar meliputi khazanah sumber asli, tahap pencemaran masa lalu dan masa kini, usaha-usaha pengurusan alam sekitar, sumbangan orang ramai kepada perlindungan dunia, dan satu kapasiti masyarakat yang ingin meningkatkan prestasi alam sekitar dari semasa ke semasa. Sebagai contoh:
Save our Seabirds (SOS) Festival 2011
(Festival Menyelamatkan Burung Laut 2011)
Baru-baru ini, 'BirdLife South Africa’s Save Our Seabirds Festival 2011' diadakan untuk menangani isu-isu pencemaran, penangkapan ikan berlebihan dan kehilangan habitat.
Kumpulan tersohor Afrika Selatan,(Freshlyground) mempersembahkan gaya flashmob di V&A Waterfront untuk memberi sokongan terhadap 'BirdLife South Africa’s Save Our Seabirds Festival2011'.
Gambar-gambar photografi 50 finalis yang menyertai 'Oceans of Life photographic competition' akan dipamerkan di Musium Iziko Afrika Selatan , Cape Town sehingga 20 November 2011.
Maka ini telah menunjukkan, bahawa betapa pentingnya kemapanan alam sekitar bagi manusia dan makhluk sekitarnya. Melalui program-program seperti inilah yang akan menyedarkan manusia secara langsung terhadap pencemaran dan pengurangan sumber-sumber makanan.
Kita mungkin tidak menyedari akan kesan jangka masa pendeknya tetapi kita akan merasai kesan jangka masa panjangnya pula. Pada saat itulah manusia akan menyedari akan kepentingan kemapanan alam sekitar ini.