Kemampanan ekonomi adalah istilah yang digunakan untuk mengenal pasti pelbagai strategi untuk menggunakan sumber-sumber yang ada dengan baik. Idea ini adalah untuk menggalakkan penggunaan sumber-sumber yang cekap dan bertanggungjawab,dan mungkin akan memberi manfaat jangkamasa panjang. Dalam senario operasi perniagaan, kemampanan ekonomi diguna pakai untuk menggunakan sumber-sumber yang sedia ada supaya perniagaan terus berfungsi selama beberapa tahun, manakala konsisten dalam mengembalikan keuntungan.
Dalam kebanyakan senario, kemampanan ekonomi diukur dari segi kewangan. Nilai-nilai aset dan sumber-sumber dalam angka ringgit adalah perkara biasa, sebagaimana jumlah pulangan yang dijana dengan menggunakan sumber-sumber yang cekap. Idea ini adalah untuk membantu dalam mengenal pasti bidang-bidang pengendalian sumber-sumber yang tidak digunakan dengan cara yang paling berkesan, dan mengambil langkah-langkah untuk membetulkan keadaan. Dalam masa yang sama, perubahan yang dicadangkan kepada operasi dipertimbangkan dari segi kesan keseluruhan mereka di aliran pengeluaran, dibuat untuk menangani kesukaran operasi dalam proses sebelum perubahan sebenar dilaksanakan. Sekiranya dilaksanakan sedemikian bermakna anda melibatkan diri dalam strategi yang dikenali sebagai penyelarasan merentasi sektor(cross-sectoral coordination), yang melibatkan mengenalpasti akan kesan perubahan di dalam satu kawasan operasi sebelum mempunyai fasa seterusnya iaitu proses pengeluaran.